Taklimat Analogue Switch Off (ASO) Kluster Sibu

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Taklimat Analogue Switch Off (ASO) telah diadakan pada 25 Ogos 2019 (Ahad) bertempat di Pusat Internet RPR Sibujaya dan dihadiri oleh warga kerja pusat internet untuk kluster Sibu.

Penolong Ketua kluster, selaku wakil yang menghadiri taklimat khas anjuran MCMC sebelum ini, telah diamanahkan untuk memberi penerangan mengenai penutupan siaran TV analog dan pelaksanaan siaran TV digital kepada semua ahli kluster. Ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli-ahli kluster supaya mereka dapat membuat pendedahan mengenai perkara ini kepada komuniti sekitar pusat internet masing-masing.

Selain daripada taklimat ASO, mesyuarat kluster Menarik di Sibu turut diadakan bagi menentukan hala tuju seterusnya bagi kluster Sibu. Program inii berakhir pada pukul 5 petang dah ditamatkan dengan sesi soal jawab di antara ahli kluster.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali